Have an account?
Posted by syahfahmi on Friday, July 8, 2011 in

Setiap manusia ataupun benda hidup yang ada di muka bumi ini berpotensi untuk menghidap penyakit mental. Namun, sejauhmanakah pengetahuan anda tentang penyakit ini. Mungkin ada diantara kita yang akan berkata, ” aku tak kan kena, ” ataupun, “mana ada dalam sejarah keluarga aku”, atau “kau yang gila agaknya”.

Walau apapun tanggapan anda terhadap diri sendiri mahupun kepada orang lain, anda masih berisiko untuk terkena jangkitan ini terutamanya berada dalam situasi yang amat tegang.

Orang yang suka menganggu kehidupan orang lain ialah orang yang kurang kasih sayang…dan kelakuannya cukup tidak menyenangkan orang sekeliling…antara tanda-tanda utama yang boleh mendatangkan penyakit mental ialah STRESS ataupun tekanan.





Apa itu Stres?

Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan

Bila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.

Bila stres berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres

Stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.



Tanda-tanda

Fizikal

Gementar
Berpeluh
Rasa seram sejuk
Tangan dan kaki rasa sejuk
Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah
Bernafas laju
Kering mulut
Kerap buang air kecil
Kerap buang air besar
Cirit birit
Kurang selera makan
Mudah dapat serangan penyakit:
Asma
Sakit belakang badan
Masalah penghadaman
Sakit kepala
Gatal-gatal
Masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual
Sakit-sakit badan
Cepat letih
Psikologikal

Kebimbangan
Keliru dan kurang daya tumpuan
Sukar kawalan diri
Perubahan emosi:
Tekanan perasaan
Kekecewaan
Mewujudkan permusuhan
Rasa tak berdaya
Kurang sabar dan cepat marah
Lemah Semangat
Susah nak tidur
Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak
Gangguan Fikiran

Sukar membuat keputusan
Kurang minat terhadap aktiviti harian
Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar
Pemikiran positif terganggu disebabkan
Sering berfikiran negatif
Kurang memberi perhatian
Hilang keyakinan diri
Hilang tumpuan
Penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa dan cepat marah
Tingkah laku

Bercakap dengan cepat dan kuat
Menguap
Suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih
Perasaan yang negatif:
Mudah tersinggung
Terlalu bergantung kepada orang lain
Suka memberi komen dan kritik orang lain
Boleh bertindak ganas
Bertindak secara tidak logik
Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi
Kurang Kecekapan diri:
Mudah lupa
Selalu membuat kesilapan
Sering terlibat kemalangan
Kurang produktiviti kerja
Menindakkan keupayaan diri sendiri
Punca stres

Stres Ancaman (survival) :Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.
Stres dalam diri sendiri:Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. .Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai. Lima harapan kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:
Anda mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda
Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa
Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan anda
Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah sempurna yang dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata anda
Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa depan anda
Stres persekitaran tempat kerja anda
Stres disebabkan persekitaran
Ruang tempat kerja yang sempit
Ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
Bising
Kawasan yang kotor dan tidak selesa
Pencemaran
Pengurusan persekitaran yang tidak cekap
Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan
“Caffeine” boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa
Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi
Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.
Stres disebabkan Cara Hidup dan PekerjaanFaktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:
Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan
Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang
Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
Tiada peluang kenaikan pangkat
Tiada jaminan pekerjaan
Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
Tekanan dari pihak atasan
Campur tangan terhadap bidang tugas
Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
Gangguan terhadap perancangan kerja
Gangguan telefon
Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
Masalah kewangan
Masalah hubungan dengan keluarga
o Penyakit yang dialami
o Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan penceraian
Pencegahan

Apa perlu saya lakukan untuk mengurangkan stres?

Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stres
Anda perlu kenal pasti punca yang menyebabkan anda stres
Pelajarilah teknik dan kaedah pengurusan stres.
Sekiranya tiada perubahan dalam masalah stres yang anda hadapi selepas tiga minggu anda amalkan teknik dan pengurusan stres yang disarankan ini, berjumpalah dengan pakar dan dapatkan bantuan mereka
0 Responses to “Sakit mental & stress”:

Post a Comment